text-herobanner Skip to main content
Media/Events

LABUR RM47 JUTA DALAM FASHIONVALET, KHAZANAH DAN PNB HANYA TERIMA RM3.1 JUTA HAS…

By 24 January 2025No Comments
LABUR RM47 JUTA DALAM FASHIONVALET, KHAZANAH DAN PNB HANYA TERIMA RM3.1 JUTA HASIL JUALAN SAHAM

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menjual hasil saham mereka dalam FV kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023. Hasil penjualan saham tersebut bagaimanapun membuatkan Khazanah dan PNB hanya memperolehi RM3.1 juta.

Sebelum ini, sebanyak RM47 juta telah dilaburkan oleh Khazanah dan PNB pada tahun 2018 sebagai pegangan minoriti dalam Fashion Valet dengan nilai pelaburan masing-masing adalah RM27 juta dan RM20 juta. Pelaburan itu dilakukan sebagai salah satu usaha untuk menyokong sektor e-dagang tempatan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam persidangan Dewan Rakyat semalam (28 Oktober) menjelaskan bahawa pandemik Covid-19 telah menjadi faktor Fashion Valet terjejas dan ia sekaligus menyebabkan mereka memerlukan modal baharu bagi meneruskan perniagaan.

Pada akhir 2023, NXBT Partners menawarkan untuk mengambil alih pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet serta menyuntik modal yang diperlukan ke dalam syarikat itu. Semua pemegang saham bersetuju menerima tawaran berkenaan.

Jelas MOF lagi, jumlah kerugian hasil daripada penjualan saham itu agak kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan pendapatan yang dijana oleh dua buah syarikat ini pada tahun tersebut.

MOF juga mengatakan bahawa penjualan itu adalah langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada Fashion Valet kepada pelabur strategik yang akan dapat terus membantu Fashion Valet untuk menyelesaikan keperluan pembiayaannya secara holistik dan mengembangkan semula perniagaan dalam keadaan industri yang mencabar.

Apakah perundangan yang terlibat melalui isu ini?

Walaupun FashionValet adalah syarikat swasta, beberapa pelaburnya tidak. PNB dan Khazanah Nasional, kedua-duanya merupakan dana pelaburan negara, dilaporkan telah melabur jutaan ringgit pada akhir 2018 dan awal 2019 melalui pusingan pelaburan Siri C, walaupun ketika itu ramai mempersoalkan tentang kerugian yang dialami oleh Kumpulan syarikat tersebut.

Berita terkini mengenai hasil jualan saham oleh PNB dan Khazanah dalam FV telah menjadi hangat, oleh kerana saham tersebut dijual pada harga yang sangat rendah, dan secara faktanya, ianya telah menyebabkan kerugian yang agak besar kepada PNB dan Khazanah (jumlahnya masih belum dimaklumkan secara rasmi).

Ada beberapa perkara yang kitab oleh lihat dari aspek perundangan di sini:

1. PNB dan Khazanah adalah Pemegang Saham Minoriti di dalam FV

Pada Disember 2023, pegangan Khazanah dalam FV adalah 9%, yang mana Khazanah adalah minority shareholder dalam FV. Namun, pelaburan yang dibuat di dalam FV adalah berdasarkan penilaian Syarikat pada nilai melebihi RM300 juta pada Ketika ia mahu menerima pelaburan daripada Khazanah.

Sebagai pemegang saham minoriti di dalam FashionValet, PNB dan Khazanah memiliki beberapa hak dan keistimewaan yang dilindungi oleh undang-undang dan prinsip corporate governance.

Antaranya seperti hak untuk mengundi, hak untuk menghadiri dan terlibat dalam Mesyuarat Agung Syarikat, hak untuk mencadangkan agenda di dalam Mesyuarat Agung Syarikat, akses kepada maklumat Syarikat, hak untuk meminta penjelasan daripada Ahli Lembaga Pengarah mengenai apa-apa keputusan yang dibuat, hak untuk menjual saham, hak kepada dividen dan juga perlindungan kepada pemegang saham minority yang termaktub di dalam Akta Syarikat 2016.

Berkaitan dengan penjualan saham, jika terdapat sebarang tawaran pembelian saham daripada pihak ketiga untuk saham di dalam Syarikat, maka pemegang saham minority berhak kepada perlindungan yang diberikan oleh Akta Syarikat 2016, Seksyen 346 atas alasan “penindasan” atau “oppression”.

Jika kita lihat dalam perkara penjualan saham PNB dan Khazanah ini, mereka menerima tawaran daripada pihak ketiga, iaitu NXBT Partners, untuk membeli saham mereka, dan mereka serta kesemua pemegang saham lain menerima tawaran itu, dan menjadikan NXBT Partners sebagai Majority Shareholder di dalam FV.

Maka, secara ringkasnya, ianya adalah dengan persetujuan kesemua pemegang saham dan PNB dan Khazanah sendiri dan tak timbul isu penindasan di dalam perkara ini.

2. Keputusan yang dibuat oleh PNB dan Khazanah untuk melepaskan pegangan saham tersebut.

MOF menyatakan bahawa Keputusan untuk melepaskan pegangan saham tersebut merupakan satu “Langkah keluar yang bertanggungjawab” oleh Khazanah dan PNB, daripada FV kepada pelabur strategik.

Menilai sama ada penjualan saham Fashiovalet oleh PNB dan Khazanah adalah langkah yang bijak memerlukan pertimbangan terhadap beberapa faktor:

A. Analisis Pasaran

Trend Pasaran: Jika pasaran e-dagang sedang berkembang dan Fashiovalet menunjukkan pertumbuhan yang positif, menjual saham mungkin dilihat sebagai langkah kurang bijak.

Namun, jika terdapat tanda-tanda kelewatan atau perubahan hala tuju oleh syarikat, ini mungkin langkah tepat.
Persaingan: Kekuatan dan strategi pesaing juga perlu diambil kira. Jika pesaing menguasai pasaran, menjual saham mungkin membantu mengelak kerugian lebih besar.

B. Keadaan Kewangan Fashiovalet

Kestabilan Kewangan: Penjualan saham boleh dianggap bijak jika Fashiovalet mengalami masalah kewangan yang boleh memberi kesan negatif terhadap nilai saham di masa depan.

C. Strategi Pelaburan Jangka Panjang

Diversifikasi Portfolio: Penjualan boleh membantu PNB dan Khazanah mengalihkan dana ke pelaburan lain yang lebih menguntungkan atau stabil, meningkatkan diversifikasi.

Fokus kepada Sektor Lain: Jika mereka merancang untuk melabur dalam sektor yang lebih strategik atau berpotensi, langkah ini boleh dilihat sebagai bijak.

D. Peluang

Peluang Pelaburan Baru: Jika hasil penjualan digunakan untuk melabur dalam peluang baru yang lebih berpotensi, langkah ini boleh menjadi sangat menguntungkan.

3. ASPEK TADBIR URUS KORPORATE (CORPORATE GOVERNANCE) DI DALAM PERKARA INI

Bagi melihat dan menilai sama ada penjualan saham oleh PNB dan Khazanah dalam Fashiovalet mematuhi prinsip corporate governance, kita perlu lihat beberapa aspek penting:

A. Ketelusan

Pengumuman dan Penjelasan: Sekiranya PNB dan Khazanah mengumumkan penjualan ini dengan jelas dan memberikan alasan yang tepat, ia menunjukkan ketelusan. Ketelusan adalah salah satu prinsip utama corporate governance yang membolehkan pemegang saham dan pelabur memahami keputusan yang diambil.

B. Tanggungjawab dan Akauntabiliti

Tanggungjawab Pengurusan: Pihak pengurusan perlu bertanggungjawab atas keputusan pelaburan yang dibuat. Jika keputusan ini adalah hasil daripada analisis yang teliti dan pemahaman terhadap risiko, ia mencerminkan tahap akauntabiliti yang baik.

C. Strategi Jangka Panjang

Fokus kepada Kepentingan Jangka Panjang: Sekiranya penjualan ini adalah sebahagian daripada strategi untuk memperbaiki kedudukan kewangan jangka panjang atau untuk mengalihkan sumber kepada pelaburan yang lebih berpotensi, ia juga dianggap sebagai langkah yang mematuhi prinsip corporate governance.

D. Pengawasan dan Kawalan

Proses Keputusan: Keputusan untuk menjual saham perlu melalui proses pengawasan dan kawalan yang betul, termasuk mendapatkan pandangan daripada lembaga pengarah dan penasihat kewangan.

Penilaian Risiko: Penilaian risiko yang tepat sebelum penjualan adalah penting. Jika keputusan dibuat tanpa analisis yang memadai, ia mungkin mencerminkan kegagalan dalam corporate governance.

E. Kepentingan Pemegang Saham

Merealisasikan Nilai untuk Pemegang Saham: Jika penjualan saham adalah untuk memaksimakan nilai bagi pemegang saham dalam konteks yang lebih luas, ia menunjukkan pematuhan kepada prinsip corporate governance.

4. PENJUALAN SAHAM PADA HARGA LEBIH RENDAH ATAU “AT A LOSS”.

Dalam konteks undang-undang syarikat di Malaysia, pemegang saham mempunyai hak untuk menjual saham mereka pada harga yang mereka pilih, termasuk harga yang lebih rendah daripada harga belian atau harga semasa berdasarkan penilaian syarikat. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan:

A. Hak Menjual Saham

Pemegang saham berhak untuk menjual saham mereka pada bila-bila masa. Tiada sekatan undang-undang yang menghalang mereka daripada menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga belian.

B. Harga Pasaran

Harga jualan biasanya ditentukan oleh keadaan pasaran semasa, termasuk permintaan dan penawaran. Pemegang saham boleh menjual saham mereka berdasarkan harga pasaran yang wujud pada masa penjualan atau bergantung kepada penilaian syarikat.

C. Pertimbangan Strategik

Walaupun pemegang saham boleh menjual pada harga yang lebih rendah, keputusan untuk berbuat demikian harus diambil dengan mempertimbangkan situasi kewangan syarikat, prospek masa depan, dan tujuan pelaburan mereka.

D. Kepentingan Pemegang Saham Lain

Dalam beberapa kes, jika penjualan saham oleh pemegang saham tertentu dapat menjejaskan nilai saham syarikat secara keseluruhan, pemegang saham lain mungkin mempunyai kebimbangan. Namun, secara umum, setiap pemegang saham bebas untuk membuat keputusan mereka sendiri.

E. Pemberitahuan dan Prosedur

Pemegang saham harus mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh syarikat untuk menjual saham, termasuk memenuhi syarat yang mungkin ditetapkan dalam perjanjian pemegang saham atau undang-undang syarikat.

KESIMPULANNYA,

Penjualan saham PNB dan Khazanah di dalam FV pada harga yang terlalu rendah ini masih hangat, dan tanpa sebarang maklumat terperinci yang dinyatakan sama ada di pihak PNB dan Khazanah, dan juga FV sendiri, maka segalanya masih lagi hanya spekulasi Sahaja.

Namun, secara undang-undangnya, tiada halangan untuk PNB dan Khazanah menjual dan melepaskan pegangan saham mereka pada harga tersebut.

Walau bagaimanapun, isu corporate governance tidak boleh dipandang mudah, apatah lagi PNB dan Khazanah adalah Syarikat umum (berhad), yang mana pematuhan kepada corporate governance adalah dititikberatkan pada setiap masa.

Jika dilihat daripada sedikit maklumat yang boleh didapati secara umum, nampaknya segala peraturan telah dipatuhi dalam kes penjualan saham ini secara undang-undangnya, dan tiada isu “minority oppression” yang timbul, dan ianya adalah berdasarkan prinsip “agreed buyer agreed seller”.

Namun, Masyarakat juga berhak untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan perkara ini, lebih-lebih lagi Khazanah merupakan Syarikat yang menguruskan dana dan pelaburan untuk negara.

Akmal SK
Corporate Lawyer

Akmal SK l The Corporate Mind

Source